SOLAT JUMAAT
MAKSUD SOLAT JUMAAT
Solat 2 rakaat dalam waktu zohor,pada hari Jumaat yang didahului dengan 2 khutbah dengan syarat-syarat tertentu.
HUKUM SOLAT JUMAAT
WAJIB bagi setiap lelaki muslim yang cukup syaratnya.
§ Sabda Rasulullah s.a.w.:
عن طارق بن شهاب عن النبي (ص) قال : " الجمعة حق واجب على كل مسلم فى جماعة الا اربعة : عبد مملوك او امراة او صبى او مريض"
(رواه ابو داود )
Bermaksud : Drpd Thorik bin Syihab, Drpd Nabi s.a.w. bersabda:
" Solat Jumaat itu wajib ditunaikan oleh setiap muslim secara berjamaah keculai empat golongan ,iaituhamba yang dimiliki, perempuan, kanak-kanak dan orang sakit"
KEISTIMEWAAN HARI JUMAAT
· Penghulu segala hari (saiyidul Ayyam)
· Hari Nabi Adam dijadikan dan diwafatkan
· Hari Nabi Adam dikeluarkan dari syurga
· Hari berlaku kiamat
· Allah memakbulkan doa hamba-hambanya yang beramal soleh
SYARAT-SYARAT WAJIB | SYARAT-SYARAT SAH | ||||
1. Islam - Tidak wajib ke atas orang kafir 2. Baligh- Tidak wajib ke atas kanak-kanak 3. Berakal - Tidak wajib ke atas orang gila , mabuk atau pengsan 4. Lelaki - Tidak wajib ke atas wanita 5. Berkemampuan – tidak wajib ke atas orang uzur / sakit atau ada perkara menghalang ke masjid 6. Bermukim / bermastautin – tidak wajib bagi orang musafir 7. Merdeka – Tidak wajib ke atas hamba | 1. Ditunaikan di tempat khas 2. Ditunaikan dalam waktu zohor 3. Ditunaikan secara berjemaah 4. Cukup bilangan ahli Jumaat 40 orang 5. didahului dengan 2 khutbah (sebelum solat jumaat)
|
Perbezaan Orang Bermastautin, Bermukim dan Musafir
Golongan | Maksud | Hukum | Kedudukan sebagai ahli Jumaat (40org) |
Bermastautin | Orang yang tinggal tetap di suatu tempat | Wajib | Ahli Jumaat |
Bermukim | Orang yang tinggal di suatu tempat untuk tempoh tertentu sahaja | Wajib | Bukan ahli Jumaat |
Musafir | Orang yang dalam perjalanan jauh lebih dari 2 marhalah (90 km) | Tidak wajib | Bukan ahli Jumaat |